Sunday, January 30, 2011

LUMIX FZ35/38


Akhirnya, niat untuk membeli kamera kompak yang canggih telah tercapai, alhamdulillah. Ini adalah gara gara kerosakan kamera Lumiz LZ8 yang terjatuh dalam air pada 15 Januari, 2011. Pada 22 Januari, saya telah menerima kamera Lumix yang dibeli secara talian iaitu stok penghabisan. Kamera Lumix FZ 35/38 telah diganti dengan model FZ40 dan FZ100.
Agak lama juga membuat keputusan nak beli antara FZ35/38 atau LX3/LX5. tetapi setelah membaca 'review' dari internet, akhirnya saya memilih untuk membeli Lumix dari kategori superzoom. FZ35/38 dengan FZ40 tidak berapa banyak perbezaan. FZ100 harganya diluar bajet. Akhirnya membeli secara 'online' dari sebuah kedai kamera dengan harga istimewa iaitu RM1180, yang penting kamera ini masih baru.

No comments: