Saturday, February 5, 2011

Ronda Ronda 6 Febuari 2011








Friday, February 4, 2011

HASIL AMALI 5 FEB 2011





MENGASAH SKIL




Sunday, January 30, 2011

MENGASAH SKIL







Antara foto yang saya ambil dengan menggunakan P dan M mode.

EYEs OF LUMIX WORKSHOP





Memang nasib badan di tahun 2011 amat beruntung, tiba tiba Kumpulan Lumix G Malaysia (Lumix G team) dengan kerjasama Pusat Informasi Islam Sarawak dan Alven Leong Photography Academy telah menganjurkan bengkel fotografi 'Eyes of Lumix' khas untuk pengguna kamera Lumix. Saya dan isteri telah menghadiri bengkel tersebut pada 29 Januari 2011 dari jam 10 pagi hingga 4 petang. Beberapa tips telah diberi oleh pakar fotografi profesional seperti Tuan Alvin Leong dan Tuan Edwin Lay. Bengkel telah dihadiri oleh hampir 30 orang peserta yang terdiri daripada ramai jurugambar pro. Sempat bersembang dan bertanya beberapa soalan dengan Tuan Alvin Leong. Sesi amali dengan mengambil gambar beberapa orang model telah diadakan. Pertandingan mengambil fotografi juga diadakan.
Saya telah belajar cara menggunakan fungsi mode kamera Lumix dari seorang peserta yang bekerja di kedai menjual kamera.
Tuan Alvin Leong telah menegur saya kerana menggunakan 'automode' ketika mengambil foto semasa sesi amali. Akhirnya, saya memaksa diri saya menggunakan 'manual mode'. Malangnya beberapa 'setting' yang saya gunakan salah, sebab itu saya tidak mengambil bahagian dalam pentandingan fotografi pada hari tersebut.
Saya berjumpa dengan sahabat lama saya yang juga 'Macuser' Tuan Moorey Mohamad yang menggunakan Lumix GF2.
Tuan AlvinLeong telah memberi perspektif baru kepada saya tentang bidang fotografi. Antara kata kata beliau ialah fotogarfi adalah sebahagian dari aktiviti harian kita, di mana mana kita melihat foto - di pasaraya, di kedai makan, di universiti - iainya satu bentuk komunikasi visual. Minat yang mendalam adalah syarat utama untuk menjadi jurugambar.

Foto pertama dari Lumix FZ35/38




Agak kekok juga menggunakan Lumix FZ35/38 pada mulanya, terpaksa menggunakan 'automode' kerana belum fasih menggunakan 'manual mode'. Gambar di atas adalah percubaan pertama saya menggunakan FZ35/38 tetapi dalam 'auto mode'.

LUMIX FZ35/38


Akhirnya, niat untuk membeli kamera kompak yang canggih telah tercapai, alhamdulillah. Ini adalah gara gara kerosakan kamera Lumiz LZ8 yang terjatuh dalam air pada 15 Januari, 2011. Pada 22 Januari, saya telah menerima kamera Lumix yang dibeli secara talian iaitu stok penghabisan. Kamera Lumix FZ 35/38 telah diganti dengan model FZ40 dan FZ100.
Agak lama juga membuat keputusan nak beli antara FZ35/38 atau LX3/LX5. tetapi setelah membaca 'review' dari internet, akhirnya saya memilih untuk membeli Lumix dari kategori superzoom. FZ35/38 dengan FZ40 tidak berapa banyak perbezaan. FZ100 harganya diluar bajet. Akhirnya membeli secara 'online' dari sebuah kedai kamera dengan harga istimewa iaitu RM1180, yang penting kamera ini masih baru.