Sunday, January 30, 2011

BANJIR DI MATU JANUARI 2011




Tanggal 15 Januari, saya pulang ke kampong untuk menjenguk ibu dan mengetuai majlis kenduri tahlil untuk memperingati arwah apak. Kali ini saya pergi menggunakan penerbangan AirAsia ke Sibu. Selalunya saya suka menggunakan bas ekspres ke bandar Sarikei dengan perjalanan selama 5 jam, kemudian terus menaiki bot ekspres ke Daro selama 1 jam setengah. Bot dari Sibu ke Daro memakan masa 2 jam.
Saya menggunakan penerbangan pertama AirAsia pada jam 6:20 pagi supaya saya dapat ke Daro pada hari yang sama. Pesawat yang sepatutnya mendarat di Lapangan terbang Sibu pada jam 7:05 pagi telah tertunda ke jam 7:40 pagi kerana keadaan awan tebal yang menyukarkan juruterbang untuk membuat pendaratan. Berdebar hati saya kerana seminggu sebelumnya pesawat AirAsia jenis airbus telah terbabas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ketika hujan lebat pada sekitar jam 9:30 malam.
Saya tiba di Daro jam 1:30 tengahari. Keadaan cuaca di Matu ketika itu adalah hujan siang dan malam. Adik saya Cikgu Abdul Aziz telah menghantar saya ke Matu.
Setiba di Matu, keadaan banjir tidaklah seteruk yang dilapor oleh Berita Radio pagi RTM sehari sebelum itu.
Ibu saya menjemout saya dan Aziz dengan sampan yang dibeli oleh arwah apak. Mungkin kerana bentuk badan saya dan Aziz yang besar, tiba tiba Aziz hilang kawalan ketika mengayuh sampan dan terlanggar sebatang pokok. Saya dan Aziz terjatuh ke dalam sungai kecil sedalam 10 kaki. Nasib baik saya masih pandai menyelam dan dapat menyelamatkan diri sendiri. Namun telefon bimbit Nokia E71 dan kamera Lumix LZ8 saya telah lemas dalam air. Nasib baik telefon dapat diselamatkan selepas mengeringkannya dengan meletakkannya dalam kereta dan dalam beras selama 48 jam. Namun kamera saya tidak dapat diselamatkan.
Mungkin, itulah motivasi yang menyebabkan saya membeli kamera baru, kali ini lebih canggih dari Lumix LZ8 iaitu Lumix FZ35/38 bertaraf semipro.
Nota: Gambar di atas adalah gambar terakhir yang diambil menggunakan Lumix LZ8

No comments: