Suloh dalam bahasa Melanau Matu bermakna banjir. Sekali lagi Daerah Matu dilanda banjir pada 30 Januari, 2009. Banjir kali ini banjir besar hampir menyamai banjir pada tahun 1963 dalam bulan yang sama, yang dipanggil oleh orang-orang tua di Matu sebagai 'Suloh Jahari' sempena dengan nama ahli politik Brunei yang tersohor, Sheikh Azahari Sheikh Mahmud yang terkenal dengan panggilan AM Azahari sempena pergolakan politik pada tahun 1963. Banjir pada tahun 1963 adalah banjir terbesar yang pernah melanda Matu, anggaran setinggi 8 - 10 kaki. Banjir di Matu pada 30 januari 2009 ini pula setinggi 5 - 5.5 kaki.
Nota: Gambar di atas telah dikirim oleh adinda Abdul Aziz dalam saiz yang kecil untuk memudahkan penghantaran melalui MMS.
Klik di sini, untuk membaca catatan awal saya mengenai banjir di Matu pada tahun 2000.
No comments:
Post a Comment