Friday, January 30, 2009

SULOH JAHARI





Suloh dalam bahasa Melanau Matu bermakna banjir. Sekali lagi Daerah Matu dilanda banjir pada 30 Januari, 2009. Banjir kali ini banjir besar hampir menyamai banjir pada tahun 1963 dalam bulan yang sama, yang dipanggil oleh orang-orang tua di Matu sebagai 'Suloh Jahari' sempena dengan nama  ahli politik Brunei yang tersohor, Sheikh Azahari Sheikh Mahmud yang terkenal dengan panggilan AM Azahari sempena pergolakan politik pada tahun 1963. Banjir pada tahun 1963 adalah banjir terbesar yang pernah melanda Matu, anggaran setinggi 8 - 10 kaki. Banjir di Matu pada 30 januari 2009 ini pula setinggi 5 - 5.5 kaki.
Nota: Gambar di atas telah dikirim oleh adinda Abdul Aziz dalam saiz yang kecil untuk memudahkan penghantaran melalui MMS.
Klik di sini, untuk membaca catatan awal saya mengenai banjir di Matu pada tahun 2000.

Monday, January 26, 2009

KLINIK WAKAF ANNUR NEGERI SARAWAK


Apabila disebut WAQAF, terbayang dalam pemikiran kita ianya sebidang tanah yang diderma oleh seseorang yang kaya lagi dermawan sebagai tapak pembinaan masjid,sekolah agama atau kubur. Namun Johor Corporation (JCorp) telah memperkenalkan WAQAF dalam bentuk perkhidmatan klinik dan dialisis. Rangkaian Klinik Waqaf Annur telah bermula di negeri Johor yang diusahakan oleh JCorp dengan Majlis Agama Islam Johor(MAIJ) lebih 10 tahun yang lalu. Klinik Wakaf AnNur telah mengembangkan cawangannya di negeri Sarawak. Klinik Waqaf AnNur Negeri Sarawak adalah usahasama di antara JCorp dengan Tabung BaitulMal Negeri Sarawak. JCorp melalui Kuching Specialist Hospital sebagai pihak yang mengurus Klinik dan BaitulMal Sarawak sebagai saluran waqaf anda.

BANJIR DI DESA BANJIR DI KOTA



Banjir di Desa Matu (gambar bawah)) memang sesuatu yang lazim. Ianya berlaku setiap tahun dalam tahun 70-an, tetapi kebelakangan ini selepas era pembangunan, banjir berlaku sekali sekala. Banjir di bandaraya Kuching (bandar atas) pula sekarang ini berlaku hampir saban tahun, kemungkinan juga berkaitan dengan pembangunan yang tidak betul-betul terancang.

Wednesday, January 14, 2009

PUTERAKU YANG KEDUA - ABDUL HAZIQ AFHAM


Abdul Haziq Afham mendukung anak saudaraku, Shuhada.
Abdul Haziq sekarang berada dalam kelas 4 Sains 4 di SMK Green Road Kuching, bercita-cita menjadi Juruterbang.

Monday, January 12, 2009

AHLI BARU DALAM KELUARGA SAFWAN


NurAqilah Zahidah, merupakan ahli baru dalam keluarga Safwan. Nuraqilah adalah puteri bungsu kepada pasangan adinda Fauzi (putera Safwan ke-2)dan Hasnah. 
Nuraqilah  kini diangkat oleh pasangan adinda Abdul Aziz (putera Safwan ke 6/bongsu) dan Masniah. Aqilah dilahirkan pada 5 Januari, 2009
Selamat datang Nuraqilah Zahidah. Allahyarham, datukmu Safwan pasti gembira dengan kelahiran mu.
Foto ihsan dari dinda Abdul Aziz

Bandaraya Kuching dilanda BANJIR


Setelah dilanda hujan 3 hari 3 malam tanpa henti-henti, maka bandaraya Kuching pun mengalami banjir kilat.  
Foto ihsan dari anak saudaraku: Isut