Monday, September 21, 2009

Hariraya 1430H






HariRaya 1430H



HariRaya 1430H


Saturday, September 19, 2009

Friday, September 18, 2009

Villa Bonda


Rumah ini adalah rumah peninggalan ayahanda yang kini didiami oleh bonda dan dinda Umek.

Bonda menziarahi pusara nenda Hj Kaderi Alli.


Gambar atas sekali, dinda Haironi (Umek) bersama anak saudara, Nur Aqilah Zahidah 8 bulan. Gambar bawah, bonda dengan cucunya Nuraqilah Zahidah.

Mengunjungi Bonda & Pusara Ayahanda



Hari Rabu yang lalu (16 September), saya menaiki bas ekspres seawal jam 7:30 pagi menuju ke Sarikei, untuk mengunjungi bonda di Kampong Sekaan Besar, Matu. Saya tiba jam 4:40 petang di Matu setelah menaiki bot ekspres dari pangkalan Sarikei. Berbuka puasa bersama bonda dan dinda Haironi & Aziz. Seperti biasa selera bertambah menikmati masakan bonda.
Keesokan harinya, saya dan bonda mengunjungi pusara ayahanda. Sempat membaca surah Yaasin dan doa buat ayahanda yang sudah dua tahun pergi tak kembali.
Hari ini (18 September) saya kembali ke Kuching untuk menyambut hari raya yang mungkin diistiharkan lusa.

Monday, September 14, 2009

Adi Putra - 8 Bulan


Kini ahli baru dalam keluarga Safwan, Adi Putra Zafwan telah berusia 8 bulan dan sudah merangkak.

Friday, September 11, 2009

Merindui Apak

Tidak ku sedari, air mata ku mengalir kerana merindui Apak yang telah pergi menemui ilahi 2 tahun berlalu. Rasa kehilangannya masih mencengkam jiwaku. Aku merasakan seolah olah ada satu vakum. Entahlah. Hakikatnya, permergian apak secara tiba-tiba telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri ini. Al FATIHAH, semuga ruh mu Apak tenang dan berada di kalangan solehin.

Wednesday, August 26, 2009

Pondok Baru II



Sunday, August 23, 2009

Pondok Baru I




Alhamdulillah, pada 7 Julai, 2009 kami sekeluarga telah berpindah dari pondok kecil ke pondok yang boleh dikatakan agak besar dan selesa. Pondok baru kami berada di Lot 3350 Lorong 1D Jalan Kangkok, Batu Kawa Kuching.
Pondok ini berada di atas tanah seluas 14.5 poins. Segala kesyukuran kepada Allah yang memberi rezeki.

Tuesday, March 31, 2009

Buah Nenas Safwan


Inilah buah nenas yang ditanam oleh Allahyarham Apak di kawasan tanah di hadapan rumahnya di Kampong Sekaan Besar , Matu. Gambar diambil menggunakan kamera telefon bimbit Nokia E71 pada 28 Mac, 2009.

Monday, March 30, 2009

BICARA UNTUK APAK


Bicara Untuk Apak : 24 Mac 2009 Jam 620 ptg
Apak……
Kini sudah setahun kau pergi tak kembali lagi
Kenagan kami bersama mu tetap segar bugar
Tidak siapa bisa memadamnya dari minda ini
Semalam aku bertemu Apak di dalam mimpi
Wajahmu berseri dan tenang sekali
Di tanganmu tasbih besar sekali
Ku panjatkan doa ke hadhrat ilahi
Semuga roh mu sentiasa dirahmati
AlFatihah ku hadiah pada mu Apak tanda kasih dan sayang kami
Banyak perkara berlaku sejak Apak pergi
Beberapa orang jiran dan rakan taulan apak juga ikut kembali
Bonda semakin kental hatinya, tapi masih jua lembut
Airmatanya menangisi wajah tatkala namamu disebut
Adik-adik semuanya sihat sejahtera
Ujee akan berhijrah ke Mukah seperti yang Apak doa
Umek tetap mengharungi sukaduka hidup bersama bonda
Hadi sudah mendapat seorang putra bernama Adiputra Zafwan
Judeen jua mendapat seorang putra yang rupawan
Ajees paling beruntung, mendapat dua orang anak Hafiz dan Aqilah
Andainya kau masih di sini Apak
Tentu hatimu senang, wajahmu berseri tanda bahagia
Aku pula akan ke Villa baru yang selalu Apak doakan dulu
Najib & Haziq lulus cemerlang dalam peperiksaannya
Apak tentu bangga menerima berita ini
Sekian dulu, Apak,
kenangan bersamamu tetap mengalir dalam kehidupan kami
Nota:
Gambar di atas dirakam pada 1 Disember, 2006; Allahyarham Apak dengan Anakanda Hakeem di pantai Kuala Matu.

Sunday, March 15, 2009

AHLI BARU DALAM KELUARGA SAFWAN


Adinda Abdul Hadi telah dikurniakan seorang lagi cahaya mata, seorang putera dalam bulan Januari yang lalu. Putera beliau diberi nama Adiputra Zafwan.

Thursday, February 12, 2009

Pen ARBUTUS


Pen ARBUTUS ini saya beli dari seorang sahabat yang menempahnya dari UK. 

NOKIA E61 - Jasamu dikenang

Nokia E61 ini telah berjasa kepada saya selama setahun lebih. Ianya menjadi alat komunikasi dan juga 'organiser' kepada jadual harian saya. Saya menjual Nokia E61 kepada seorang pemuda melalui mudah.com. Semuga Nokia E61 akan melanjutkan khidmat dan jasa kepada beliau.
Terima kasi Nokia E61 dan Selamat berkhidmat dengan tuan barumu. 

Wednesday, February 11, 2009

Nokia E71

Saya mengambil keputusan baru-baru ini untuk menukar alat komunikasi saya dari Nokia E61 kepada Nokia E71. Saya memilih Nokia dari siri E yang direka untuk dunia perniagaan kerana ianya memenuhi keperluan saya dalam mengurus aktiviti harian saya.

Friday, January 30, 2009

SULOH JAHARI





Suloh dalam bahasa Melanau Matu bermakna banjir. Sekali lagi Daerah Matu dilanda banjir pada 30 Januari, 2009. Banjir kali ini banjir besar hampir menyamai banjir pada tahun 1963 dalam bulan yang sama, yang dipanggil oleh orang-orang tua di Matu sebagai 'Suloh Jahari' sempena dengan nama  ahli politik Brunei yang tersohor, Sheikh Azahari Sheikh Mahmud yang terkenal dengan panggilan AM Azahari sempena pergolakan politik pada tahun 1963. Banjir pada tahun 1963 adalah banjir terbesar yang pernah melanda Matu, anggaran setinggi 8 - 10 kaki. Banjir di Matu pada 30 januari 2009 ini pula setinggi 5 - 5.5 kaki.
Nota: Gambar di atas telah dikirim oleh adinda Abdul Aziz dalam saiz yang kecil untuk memudahkan penghantaran melalui MMS.
Klik di sini, untuk membaca catatan awal saya mengenai banjir di Matu pada tahun 2000.

Monday, January 26, 2009

KLINIK WAKAF ANNUR NEGERI SARAWAK


Apabila disebut WAQAF, terbayang dalam pemikiran kita ianya sebidang tanah yang diderma oleh seseorang yang kaya lagi dermawan sebagai tapak pembinaan masjid,sekolah agama atau kubur. Namun Johor Corporation (JCorp) telah memperkenalkan WAQAF dalam bentuk perkhidmatan klinik dan dialisis. Rangkaian Klinik Waqaf Annur telah bermula di negeri Johor yang diusahakan oleh JCorp dengan Majlis Agama Islam Johor(MAIJ) lebih 10 tahun yang lalu. Klinik Wakaf AnNur telah mengembangkan cawangannya di negeri Sarawak. Klinik Waqaf AnNur Negeri Sarawak adalah usahasama di antara JCorp dengan Tabung BaitulMal Negeri Sarawak. JCorp melalui Kuching Specialist Hospital sebagai pihak yang mengurus Klinik dan BaitulMal Sarawak sebagai saluran waqaf anda.

BANJIR DI DESA BANJIR DI KOTA



Banjir di Desa Matu (gambar bawah)) memang sesuatu yang lazim. Ianya berlaku setiap tahun dalam tahun 70-an, tetapi kebelakangan ini selepas era pembangunan, banjir berlaku sekali sekala. Banjir di bandaraya Kuching (bandar atas) pula sekarang ini berlaku hampir saban tahun, kemungkinan juga berkaitan dengan pembangunan yang tidak betul-betul terancang.

Wednesday, January 14, 2009

PUTERAKU YANG KEDUA - ABDUL HAZIQ AFHAM


Abdul Haziq Afham mendukung anak saudaraku, Shuhada.
Abdul Haziq sekarang berada dalam kelas 4 Sains 4 di SMK Green Road Kuching, bercita-cita menjadi Juruterbang.

Monday, January 12, 2009

AHLI BARU DALAM KELUARGA SAFWAN


NurAqilah Zahidah, merupakan ahli baru dalam keluarga Safwan. Nuraqilah adalah puteri bungsu kepada pasangan adinda Fauzi (putera Safwan ke-2)dan Hasnah. 
Nuraqilah  kini diangkat oleh pasangan adinda Abdul Aziz (putera Safwan ke 6/bongsu) dan Masniah. Aqilah dilahirkan pada 5 Januari, 2009
Selamat datang Nuraqilah Zahidah. Allahyarham, datukmu Safwan pasti gembira dengan kelahiran mu.
Foto ihsan dari dinda Abdul Aziz

Bandaraya Kuching dilanda BANJIR


Setelah dilanda hujan 3 hari 3 malam tanpa henti-henti, maka bandaraya Kuching pun mengalami banjir kilat.  
Foto ihsan dari anak saudaraku: Isut